DAFTAR SIM

STEP BY STEP / LANGKAH DEMI LANGKAH

Minta upline/orang yang menjemput anda daftarkan Sim Tone Plus untuk anda (ahli yang belum join)

PENDAFTARAN KAD TONE PLUS

- Layari laman web www.toneplus.my

Anda akan dibawa ke laman web tonegroup.net apabila anda taip toneplus.my :-


Di web rasmi ToneGroup ( official website ) ini anda boleh baca info-info penting tentang Sim Tone Plus dan Syarikat ToneGroup.

Seterusnya klik Butang 'Tone Plus User Login!'
Anda akan dibawa ke halaman ( page ) lain :-


Upline ( Ahli yang sudah join ) boleh login untuk mendaftarkan downline baru direct dibawah mereka (ahli yang belum daftar) :-




Isikan maklumat Login ID dan Password seterusnya klik butang Login.

Login ID =No. MyKad atau No. Passport

Password : 1234 (jika ini adalah kali pertama anda login dan anda belum tukar password anda. Anda akan diminta tukar password 1234 kepada nombor password baru semasa kali pertama anda login. Walaupun anda diminta tukar kepada huruf atau nombor minimum 6 digit, sila tukar kepada 8 digit keatas. Sebabnya saya akan terangkan kemudian).

Seterusnya selepas anda login anda akan lihat halaman (page) ini :-




Anda akan lihat 5 Butang MENU seperti dibawah :-
Untuk mendaftarkan downline anda : Klik butang Registration

Isikan semua maklumat yang ada simbol  ( *wajib ). Email yang bersimbol * perlu diisi tetapi sesetengah orang, contohnya warga emas yang hendak didaftarkan, mungkin tiada email.. Jadi isikan email yang rawak / random terlebih dahulu. Tak apa jika email tersebut tidak wujud.


CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN

Anda perlu isi kesemua kotak yang bersimbol  seperti yang disebutkan diatas. Anda boleh lihat *2 BUTANG CHECK :-






 Isikan Butang Check kedua terlebih dahulu sebelum memulakan dengan butang Check pertama.
Semua maklumat adalah maklumat orang yang anda hendak daftarkan ( downline anda ). Tetapi bahagian Promoter Information adalah MAKLUMAT ANDA. Masukkan TPA Anda. Downline anda pula, hanya akan memperolehi TPA dan Nombor Telefon untuk Sim Tone Plusnya selepas selesai proses pendaftaran. Selepas isi TPA anda , sila klik Butang check tersebut :-

 ⁠⁠⁠Selepas itu, mulakan semula dari atas. Isikan maklumat downline anda. Mulakan dengan butang Check pertama :-

Pilih My Card , Passport , Ic , Anggota Beruniform atau lain-lain daripada drop-down button diatas seterusnya isikan No Ic (jika MyKad) dan klik butang Check.

Seterusnya isikan semua maklumat (downline) yang berbintang (*) iaitu maklumat wajib. Maklumat bank tidak berbintang yang boleh isi kemudian. Tetapi, saya cadangkan isikannya terus, sewaktu pendaftaran (takut downline lupa update profile /update bank information ini dikemudian hari yang akan menyebabkan downline gagal terima komisen)


Isikan maklumat SIM (boleh dilihat di belakang sim TonePlus). Untuk SN (Serial Number) buang 00 ambil dari angka 8 dan PUK (kesemua 8 digit) 


Bagi Downline anda yang hendak kekalkan nombor lama, anda boleh isikan maklumat telco lama (pilihan anda.. tidak wajib kekalkan nombor) di :-



Lihat.. tiada simbol * .. Jadi tidak wajib. Jika pada kemudian hari, selepas sehari, sebulan atau bila-bila sahaja, downline anda boleh kekalkan nombornya lama (jika tidak diisi pada masa pendaftaran ini).

Akhirnya klik butang right ✔ dan klik Submit :-


Akhirnya anda akan terima maklumat seperti ini selepas pendaftaran : TPA dan Nombor Tel Tone Plus.

Sila berikan screenshot seperti ini kepada downline yang anda 


Selepas pendaftaran, sila buat 1 misscall (tidak perlu jawab). Dial ke mana-mana nombor untuk mengaktifkan kad Sim Tone Plus yang baru didaftar. Kad yang tidak diaktifkan selepas pendaftaran sehingga 7 hari akan luput / expired dan tidak boleh digunakan lagi.

Selepas pengaktifan kad, downline yang tidak mengekalkan nombor, boleh memilih/menukar 4 digit terakhir nombor Tone Plus yang diperolehi selepas pendaftaran di toneplus.my

Pendaftaran kad sim di toneplus.my , manakala pilihan 4 digit terakhir pula di laman web tunetalk iaitu https://selfcare.tunetalk.com

Dan apabila kita taip selfcare.tunetalk.com. Kita akan dapat 1 page Error seperti dibawah :-


Apabila keluar macam ini, sila klik ' ADVANCED '


Seterusnya klik :-





Apabila telah sampai ke web tunetalk selfcare. Terus klik ' Forgot Username/Password ' Ingat password TonePlus.my dan selfcare.tunetalk.com tidak sama pada asalnya.



Tukar Forgot Username kepada Forgot Password dengan klik pada radio button Forgot Password

Isikan maklumat2 yg diperlukan diruang yg disediakan. Katakan nombor ic downline anda 900702145371 dan nombor tel Sim Tone Plus yang diperolehi selepas pendaftaran adalah 0108158305 :-



Klik butang Reset Password.

Seterusnya klik butang Login.

Anda akan terima password dalam bentuk sms di sim Tone Plus tersebut ( Contoh : di nombor sim 0108158305) :-


Isikan maklumat tersebut iaitu ic anda dan username (sms password yang diterima) :-

Username : 900702145371
Password : xxxxxx

Selepas Login, anda akan diminta mengisikan password dari sms tadi sekali lagi seterusnya diminta tukar kepada password baru. Masukkan password 8 angka/huruf (biarkan web selfcare.tunetalk.com sama dengan password web www.toneplus.my)


Klik butang ' My Numbers ' :-


Diweb ini akan tertera semua Nombor TuneTalk (biasa), Tone Plus dan Tone Excel yang telah didaftarkan diatas nama/ic ahli tersebut.

Seterusnya klik drop down button 'Select Mobile Number' dan pilih nombor yg hendak ditukar (jika ada 2 nombor anda kena pilih/klik nombor yg perlu ditukar).

Jika downline hanya ada 1 nombor tunetalk sahaja tidak perlu klik sebab akan tertera 1 nombor tersebut secara automatik.


Perkataan berwarna merah adalah 'Additional Subscription'. Sila klik / tukar kepada 'Change Mobile Number'

Klik 'Change Mobile Number'



Seterusnya isikan 4 digit terakhir yang dikehendaki diruang ini dan klik :-


Anda akan diberikan senarai yang paling hampir dengan pilihan anda. Pilihan nombor yang anda suka. Jika tidak suka nombor disenarai tersebut.. Anda boleh taip nombor lain dan tekan Fetch sekali lagi.

Seterusnya klik radio button (butang bulat) untuk nombor yg dikehendaki dan tekan Submit.


Klik Confirm

Nombor akan terus bertukar secara automatik. Untuk check nombor telefon anda, Dial *133#

TAMAT MENGENAI PENDAFTARAN SIM DAN PILIHAN 4 DIGIT TERAKHIR SIM